Thursday 8 December 2011

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SPBA)

mari bc ttg SBPA my follower

 | Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan “dasar keluar” bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan. Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.
“Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima. Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka.,” katanya kepada wartawan selepas taklimat isu semasa Cuepacs untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar Selasa.
Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Katanya dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang. Tambah beliau lagi, di bawah SBPA, Kumpulan Sokongan 1 dan 2 akan dikenali sebagai Kumpulan Pegawai Pelaksana 1 dan 2 selaras dengan tugas-tugas tambahan yang bakal dilakukan selain daripada tugas hakiki sekarang. Sumber : Laman Cuepacs

No comments:

Post a Comment

Siapa Aku ???

My photo
Sangat suka tgk benda-benda CANTIK walaupon aku tak cantik tp hubby tetap cakap aku la insan yang paling SEMPURNA DAN TerCANTIK di dunia hihihi (syok gila)...sapa-sapa yang rasa aku penah TENUNG or RENUNG or PANDANG & or3 la dia lama-lama kira org tu mmg CANTIK sangat-sangat lah di mata aku.. Nak jadi isteri SOLEHAH sbb nak masuk SYURGA amiNnNnnn...haha hihi huhu...:) ape yg ingin aku tulis dlm BLOG ne just sekadar bEkisar ttg khidupanku N org2 yg pernah HADIR dlm hidup aku...:0)